Wednesday, August 18, 2010

Pembuangan Bayi






PENGENALAN

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial iaitu pembuangan bayi yang menghantui remaja sekarang menjadikan masyarakat dan negara dalam dilema.Menurut kajian, jenayah pembuangan bayi terjadi akibat daripada amalan seks bebas sebelum kahwin , terlanjur dalam hubungan cinta dan institusi keluarga yang bermasalah. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Tuntasnya, gejala pembuangan bayi telah menjadi- jadi dan membimbangkan semua pihak.


ISU PEMBUANGAN BAYI ( LAU PEI YANG 206548 )

Segelintir masyarakat menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak di merata – rata seperti ia sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Remaja kini terutamanya remaja melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa dan pahala, malah sesetengah mereka yang berpendidikan tinggi dan belajar di institusi pengajian tinggi terjebak dalam gejala ini. Perkara yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan perkara yang dilakukan adalah salah sehingga mendatangkan dosaTambahan pula, isu pembuangan bayi bukan sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkan bayi tersebut di dalam karung sampah dan mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Selain itu, di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Tuntasnya, semua lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini.




PERSPEKTIF PEMBUANGAN BAYI ( NURUL IZZATI BT HAMDAN 203547 )

Membuang bayi dianggap membunuh dan dikira sebagai salah satu dosa besar. Dari sudut agama islam, jenayah membunuh termasuk dalam jenayah hudud dan qisas. Oleh itu, hukuman pembuangan bayi tersebut adalah mati.Selain itu, keimanan merupakan sesuatu yang amat penting dalam setiap diri manusia. Jika keimanan seseorang itu berada pada tahap yang lebih tinggi, maka dia tidak akan memilih jalan yang gelap. Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan perhatian kepada anak mereka. Di samping itu, masyarakat juga harus peka terhadap keadaan sekeliling. Pada zaman sekarang, prinsip “jangan jaga tepi kain orang” tidak boleh digunakan lagi. Tuntasnya, sebagai setiap masyarakat haruslah mengambil berat dan membantu di antara satu sama lain untuk menangani masalah ini.



KRONOLOGI

( NORHANIZAH BINTI ABDUL RANI( 203665 )

Isu pembuangan bayi boleh diumpakan seperti masyarakat jahiliah yang berlaku pada zaman nabi Muhammad. Pada zaman tersebut, mereka tidak memerlukan anak perempuan. Menurut ideologi ini, pada zaman Arab jahiliah mereka membunuh anak perempuan kerana agama mereka dan menyebabkan mereka percaya anak perempuan hanya layak untuk Tuhan dan membunuh bayi tersebut untuk mengelak daripada dipandang serong oleh masyarakat. Walaubagaimanapun,pada zaman kini, wujud segelintir golongan remaja yang membuang bayi di dalam tong sampah, longkang, sungai, dan pelbagai tempat lagi. Nasib yang menimpa anak perempuan Arab jahiliah sebenarnya sama dengan situasi anak-anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan dalam masyarakat sekarang, malahan, mereka yang terlibat dalam perkara ini, cenderung mengambil jalan mudah iaitu membuang atau membunuh “ bayi haram” mereka bagi mengelak daripada dipandang serong oleh masyarakat.


PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI (NUR NAZIFAH BINTI BAKHORI 203499)

Punca pertama berlakunya gejala pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama. Remaja kini alpa dan leka terhadap agama dan nilai- nilai murni. Remaja yang tidak mempunyai iman yang kukuh akan melakukan perkara yang buruk. Tambahan pula, remaja yang kurang didikan agama tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mereka lebih terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. dan menyebabkan berlakunya gejala pembuangan bayi.Remaja adalah di ibaratkan sebagai kain putih. Justeru, didikan agama dari ibu bapalah yang mencorak peribadi anak- anak tersebut.

Selain itu,konflik dalam keluarga juga merupakan punca berlakunya gejala pembuangan bayi. Konflik dalam keluarga seperti ibu bapa yang sering bergaduh akan menyebabkan anak- anak atau remaja tertekan dan mengambil jalan pintas untuk lari daripada rumah. Contohnya, apabila seseorang remaja lari dari rumah, remaja tersebut bebas untuk bersosial dan melakukan semua perkara buruk seperti melakukan seks bebas dangan pasangan dan berzina untuk menghilangkan tekanan yang mereka tanggung. Hal ini akan menyebabkan mereka terjerumus dalam masalah pembuangan bayi.

Di samping itu, pergaulan bebas juga merupakan punca berlakunya gejala pembuangan bayi. Kini, maklumat- maklumat mengenai seks boleh diperolehi hanya di hujung jari dan lambakan bahan lucah di pasaran juga menyumbang kepada berlaku penzinaan dan seterusnya pembuangan bayi. Oleh itu, Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam kalangan remaja harus dicegah bagi mengelak daripada peratus pembuangan bayi menigkat.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca yang menyebabkan berlakunya gejala pembuangan bayi. Dalam mengejar arus modenisasi, ibu bapa kini khusyuk mengejar kekayaan dan mengabaikan anak- anak dan membiarkan anak-anak memilih rakan sendiri tanpa menyelidik latar belakang rakan anak tersebut. Rakan mereka adalah tempat untuk mereka mengadu. Contohnya, apabila seseorang remaja itu di ajak rakannya untuk melakukan seks, remaja tersebut akan mengikut kehendak rakan tersebut. Tuntasnya, pengaruh rakan sebaya juga akan menyebabkan remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi.

Sekadar renungan bersama

“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang jahat”

Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia akibat kekerangan akidah silam dalam kehidupan . Masyarakat jahiliah ketika itu sanggup membuuh anak – anak terutamanya bayi perempuan hidup – hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Kini, amalan jahiliah tersebut kembali berulang , malah semakin dahsyat kerana bayi dibuang di merata – rata tempat gara – gara malu kepada masyarakat. Bayi mereka yang sudah terlanjur , hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan – perbuatan terkutuk . Berilah mereka untuk hidup . Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba – hambanya.




KESAN- KESAN PEMBUANGAN BAYI ( FATIN FATIHAH BT PUTEH 203589)

Pembuangan bayi akan memberi kesan kepada bayi. Bayi telah menjadi mangsa dan mereka tidak dapat melihat dunia serta mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak berparikemanusiaan. Tambahan pula, pembuangan bayi juga memberi kesan kepada ibu bayi tersebut. Kesan dari sudut perubatan, pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain.

Selain itu, pembuangan bayi juga menyebabkan institusi keluarga menjadi runtuh. Hal in akan mewujudkan ketidakharmonian dalam kekeluargaan dan perasaan malu untuk bergaul dengan orang ramai. Tambahan pula, pembuangan bayi juga memberi kesan kepada masyarakat dan Negara. Masyarakat menjadi porak peranda, berpelah belah dan tidak bersatu padu. Selain itu, sifat saling mencurigai akan berlaku di hati masyarakat.dan pembangunan negara juga akan terbantut dan keadaan ekonomi negara sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.





LANGKAH- LANGKAH MENGATASI

PERANAN INDIVIDU ( NUR DARWINA SOFIE BT MOHD 199597)

Individu juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, bersolat dapat mengelak remaja daripada melakukan maksiat dan dapat menghalang mereka daripada mereka membuang bayi. Solat adalah merupakan tiang agama. “ solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar “ . Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah merupakan perkara keji dan mungkar. Hal ini menunjukkan betapa solat bukan hanya untuk membentuk peribadi islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti islam. Tuntasnya, baik buruk sesuatu perkara adalah datangnya daripada diri sendiri.

PERANAN KELUARGA (SARINIE A/P AI JIT 127628 )

Dalam mengejar arus modenisasi, ibu bapa kini alpa terhadap tanggungjawab masing- masing. Ibu bapa adalah contoh terbaik kepada anak- anak. Anak-anak diibaratkan sebagai kain putih di mana ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak supaya menjadi modal insan yang berguna pada masa depan.Sebagai langkah mengatasi masalah pembuangan bayi,ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memimpin mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan masalah- masalah sosial dan dapat membezakan perkara baik dan buruk. Contohnya, apabila seseorang remaja perempuan diajak teman lelaki mereka untuk melakukan hubungan seks,dengan iman yang kukuh remaja tersebut akan sedar bahawa perkara tersebut adalah salah dan akan memberikan kesan buruk kepada diri mereka sendiri.Tuntasnya, ibu bapa haruslah membentuk peribadi anak-anak dengan baik tanpa mengabaikan anak-anak walaupun sibuk dalam mengejar materialistik atau kerjaya masing- masing.

PERANAN KERAJAAN (NOR ERNI BINTI AUUSYAIR 206863)

Di samping itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Pihak sekolah teutamanya memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan program dan aktiviti berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, dan Institusi Latihan Guru untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial.Sehubungan dengan itu, kerajaan juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di sesuatu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial.Disamping itu, remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu. Pesalah-pesalah yang didapati berkhalwat hendaklah dijatuhi hukuman yang berat dan jumlah pegawai pencegah maksiat dari kalangan wanita harus digandakan.Hal ini demikian adalah kerana mengelak dari pesalah khalwat wanita dianaiya oleh pegawai maksiat lelaki. Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Langkah yang terakhir adalah melalui kempen kesedaran dan motivasi. ,Kempen kesedaran haruslah dijalankan secara berterusan oleh pihak kerajaan untuk mendedahkan tentang punca,kesan serta menjadikan remaja lebih takut untuk melakukan jenayah ini.


PERANAN BUKAN KERAJAAN (NGO ) SOO NGAH SUM 203727

NGO juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. NGO yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja adalah seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),PAS dan sebagainya.PAS mengambil langkah untuk menubuhkan kuliah-kuliah islam untuk mengatasi masalah pembuangan bayi. Kuliah-kuliah mengenai kefahaman islam tersebut akan dikendalikan oleh ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau.Kuliah- kuliah ini akan melatih remaja supaya memakai pakaian menutup aurat,doa dan hafalan ayat- ayat lazim.Tuntasnya, pendidikan kefahaman islam tersebut akan menjadikan remaja seorang yang berakhlak mulia dan memberikan kesedaran kepada remaja agar tidak terjebak dalam gejala sosial terutamanya penzinaan dan seks bebas. Selain itu, NGO juga telah menubuhkan sebuah pertubuhan beroperasi iaitu OrphanCare yang diwujudkan untuk memberikan kasih sayang sebuah keluarga kepada bayi-bayi yang terbuang sebagai langkah mengatasi masalah pembuangan bayi.




HARAPAN PADA MASA DEPAN (NOOR SHAHIDA BT SAFIEE 206893 )

Isu pembuangan bayi tidak seharusnya dibiarkan terus mengisi ruang akhbar dan media kita hari ini. Harapan pada masa hadapan adalah agar tidak melihat lagi tubuh kecil yang tidak berdosa dibuang dan menjadi makanan kepada haiwan dan berharap agar fenomena ini menjadikan kita berfikiran lebih matang dan dapat membentuk diri ke arah positif. Selain itu, ibu bapa juga di harapkan lebih memahami permasalahan yang dihadapi remaja masa kini dan setiap individu haruslah berwaspada sebelum gejala ini menimpa diri. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa, ‘sesal dahulu pedapatan sesal kemudian tidak berguna.’Tuntasnya, insan kecil perlulah dilindungi dan di bimbing dengan penuh kasih sayang agar dapat menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan menjadi pewaris tampuk pemerintahan negara.



KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’




video